Pasti semua dah boleh gambarkan isu apa yang KK mahu ketengahkan kali ini berkaitan telefon bimbit dan solat Jumaat.
Ada kaitan kah? Pasti ! Ini peringatan kepada semua kaum Adam diluar sana yang pasti berlaku kepada anda setiap kali hadir ke masjid untuk solat Jumaat.
Telefon berdering semasa solat? Hal ini seharusnya tidak terjadi kerana kita sudah sedia maklum dan peringatan telah diberikan serta terpampang bahawa telefon harus dimatikan atau disenyapkan.
Masih ada manusia yang tidak prihatin dan hal ini telah menyebabkan gangguan fizikal dan mental kepada jemaah yang hadir di masjid.
Perkara ini acap kali dan tiap kali sebelum khutbah sudah diingatkan, sila matikan telefon anda, tetapi masih juga berlaku.
KK faham, ada yang dari kerja, terus ke masjid, tapi apa salahnya tinggal saja telefon tu dalam kereta, kalau nak bawa pun, matikan terus.
Sila hormati jemaah lain, bukan awak seorang saja nak solat disitu, ramai lagi malah ratusan lagi umat manusia yang menanti redha dan hidayah Allah.
Bila telefon berbunyi, hal ini akan menganggu konsentrasi orang yang tengah solat, tak khusyuk dia nak solat, tak rasa bersalah ker?
Jenis bunyi satu hal, kalau bunyi biasa tak apa lagi, ni kalau dah keluar lagu Lady Gaga, lagu yang entah apa-apa, tak malu ker?
Jadi, kepada semua kaun Adam yang prihatin, sila ambil berat soal ini, ini bukan sahaja melibatkan diri anda malah orang sekeliling.
Ingatlah, kita ke masjid untuk mendapat keredhaan Allah, sila tinggalkan sekejap hal duniawi yang melalaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan