Halaman
▼
22/10/2014
Jalan-jalan tengok wayang :)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Petang tadi, memang duduk rumah sibuk menghadap TV dari pagi sampai ke petang.
Tiba-tiba masuk mesej Whatapps, kak sue ajak tengok wayang malam ni, cerita bunuh-bunuh lagi, haha.
Wayangnya jam 7:50pm, jadi bolehlah kata KK kalau hari tak hujan, sebab pagi tadi hujan, lebat juga.
Petang tadi dalam jam 5 petang, KK dah bertolak dari rumah, sebab nak hantar barang, terus datang Megamall tunggu kak sue datang.
Lepas beli tiket, terus pergi makan, sebab kebulur sambil gosip-gosip, bercakap pasal kerja dan sebagainya.
Nak tengok cerita Kristy, cerita bunuh-bunuh pula tu, tapi memang best, seram juga dan mendebarkan.
Habis wayang dalam pukul 9:15pm, borak kejap kat bawah dan terus balik, sampai rumah 10:30pm
Bergerak juga KK ni, kalau tak terperap kat rumah, esok dah kerja, cuti pula jumaat ni, hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan