Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tak perasan akan bil telefon KK, rupanya dah 2 bulan tak bayar, tup tup U Mobile hantar sms untuk bil bulan lepas.
Apa lagi, terkejut juga, patutlah bil macam bertambah, benda dah lama, lupa juga kadang-kadang kalau tak diingatkan
Baru saja bayar bil untuk bulan Ogos, hehe, sebab bil yang baru ni untuk bulan September, nasiblah tak kena potong
Nak bayar untuk 2 bulan sekaligus, macam tak mampu je, haha, tak apalah, bayar yang mana patut dulu, nanti dapat gaji baru bayar untuk bulan September.
Senang bila ada Maybank2u ni, online saja terus boleh bayar bil, bukan setakat U Mobile, semua bil boleh bayar
Masuk Maybank2u --> Account and Banking --> Bill Payment --> Make A One Off Payment --> Klik pada kotak ---> Klik All Payees --> dan cari sahaja pihak atau syarikat yang kita nak bayar bill (cth : Astro, TM, Celcom, Maxis)
Mudah bukan? KK sekarang nak bayar bill atau beli online pun guna Maybank2u tak perlu nak beratur bagai kat mesin cash deposit, hehe
*Lega dah bayar hutang :)
anda di tag http://ibtisam166.blogspot.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html
BalasPadamterima kasih :)
Padam