Halaman

22/12/2014

2 hari dah hujan....


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Masuk harini dah 2 hari hujan, tak berhenti dari semalam, takutnya Ya Allah saja yang tahu.

Kalau di Kuantan, ada beberapa tempat sudah dinaiki air, dah ada yang banjir, lagi teruk dah ada yang dipindahkan ke penempatan sementara.

Alhamdulillah, kawasan rumah KK memang tiada banjir, sebab kawasan agak tinggi juga, bersyukur tiap tahun kerana rumah tidak dinaiki air.


Yang KK risaukan, jalan ke bandar, KK nak pergi kerja macam mana lah, kalau hujan memang mak hantar, kalau tak basah lencun lah KK.

Harini cuti, memang hujan dari tadi, kadang lebat, kadang tak, kalau masa kerja, memang tak berasa sebab kerja dalam bangunan, langsung tak dengar.

Kepada yang rumah biasa dinaiki air, hati-hati dan berwaspada tiap masa, dan jangan lupa orang yang tersayang.


2 ulasan: