Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Hari Khamis lepas, KK cuti, sebenarnya dah rancang benda ni dalam seminggu juga, sebab nak selaraskan cuti masing-masing
Lamanya tak jumpa kawan-kawan sekolah, masing-masing ada yang belajar, ada yang dah kerja, semua jauh-jauh, nak kumpul sekali macam ni susah sekali
YB Danial - Datin Farah - Puan Sri Paduka Athirah |
Lebih kurang VIP belaka, nak ajak keluar, kena tempah awal-awal, tengok jadual, baru boleh, kalau tak jangan harap, haha
Rindu dengan mereka, tapi ni masih tak cukup ahli lagi, lagi 2 orang, tak balik lagi dari cuti semester sebab ada kem.
Thiban - KK |
Bulan 2 ni semua balik, dan pasti nak cari masa berkumpul balik dan paling penting bertukar cerita dengan mereka
Masa kami berlima ni, tengok wayang dan lepak saja, habiskan masa dengan sebaiknya, tengok cerita pun kelakar, hehe.
Lepas dah tengok wayang, lepak di cafe MYNY, makan-makan sebelum balik, banyaklah cerita masa di meja makan ni, hehehe
Siap makan, Cik Athirah (tudung coklat) kita terpaksa balik dulu, dan tinggallah kami berempat, lepas makan ke destinasi seterusnya, haha
Kami ke Teluk Cempedak pula, saja-saja ambil angin pantai sambil makan Sundae Chocolate, huhu, banyak lagi kisah yang tak habis cerita
Sampai pukul 9:30, terpaksa minta diri, sebab KK dan Cik Farah balik dengan bas, hehehe, saja tukar angin, best apa naik bas, seronok !
Balik lah KK dengan kepenatan, tapi berbaloi sangat, susah nak kumpul macam ni selalu, bila dah ada peluang, kita kena hargai dan jangan lepaskan :)
selamat malam...hehehe...singgah sini intai tuan blog kot belum tidooo :P
BalasPadamhehe, terima kasih sebab singgah syira :)
Padam