Halaman
▼
10/03/2015
Ambil barang di PosLaju Kuantan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
KK baru saja pulang dari bandar, lepas saja ambil barang di PosLaju Kuantan, terus ke Megamall sekejap
Dalam jam 3 petang tadi sampai di situ, dengan panas, al-maklumlah, pergi dengan menaiki motosikal, sebab mak tak nak teman, sedih !
Tak lama sangat, dalam 10 minit, nama terus di panggil, dan perlu serahkan kad pengenalan, tandatangan dan terus boleh ambil barang
Susah kalau rumah tak berpenghuni, memang terus dapat notis, tadi pun ada pakcik tu marah-marah staff situ, biasalah, kerja bahagian perkhidmatan memang banyak cabaran dan dugaan
Alhamdulillah, barang KK sudah selama diambil, dan berkeadaan sangat baik, lawa tak? KK punya sarung belakang telefon yang baru, baju baru !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan