Petang tadi, dapatlah jalan-jalan dan luangkan masa dengan satu-satunya sahabat lelaki yang KK paling rapat iaitu Arif
Banyak tempat pergi tadi, pergi BSN, singgah Mydin kejap, lepas tu lepak kat Teluk Chempedak, makan chicken chop di Hutan Bandar Bistro
Mula-mula ke Kuantan Parade, ada urusan sikit di BSN, tak lama pun, sekejap saja, dan terus ke Mydin sebab nak cari barang sikit
Sampai di Teluk Chempedak, terus serbu Hutan Bandar Bistro, orang tak ada lagi, sebab baru petang, pukul 5:30, haha, mana lah ada orang, hari biasa pula tu
Lepas dah siap-siap makan, si Arif ni ajak nak jalan-jalan kat jambatan tu, KK ni seram tengok monyet tu berkeliaran, takut
Sempat juga jalan kat jambatan situ, sampai ke hujung jalan, semput nak sampai ke hujung, stamina tak kuat, macam ni lah gayanya, hahaha
Pukul 6:30 dah balik, balik awal, anak "dara" tak boleh balik malam, nanti kena kunci pintu rumah tidur luar dengan kucing, hahahaha
Pukul 7 sampai rumah, pelik rasa, tak pernah keluar balik awal, tapi bagus juga, sebab KK tak biasa lagi pandu kereta malam-malam, takut juga, hehe
Wah, seronoknya. Dah lama tak pi tc. Blk kampung ni nak try gak la hutan bandar bistro. Belom pernah makan lg kat siru..
BalasPadamKak Asma, balik Kuantan kena cuba makan sini, sedap dan murah !
Padam