Halaman

20/04/2015

Fast & Furious 7 bersama Cik Ayza :)


Assalamualikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisah hari Jumaat lepas, tak sempat nak buat entri Salam Jumaat, sebab lepas saja balik dari masjid, terus sahaja siap-siap sebab nak tunggu bas


Ada motor sibuk nak naik bas, haha, saja nak tukar angin barat daya, lama sangat dah tak naik bas, jadi nak merasa naik bas pula

Tunggu punya tunggu dari jam 2:20 pm, sampai 2:50 pm, tak lalu-lalu juga bas ni, mana lah, biasa masa macam ni dah lalu


Sampai pukul 3:10 pm, dah rasa makin pelik, ke tak lalu, nak kata bas terlepas, dah nak dekat satu jam tunggu, pelik bin ajaib

Akhirnya, setelah sekian lama, tepat jam 3:20 pm barulah bas yang dinanti-nanti tiba, berebut naik bas, haha, sebab panas sangat kat luar, bas Rapid kan berhawa dingin.

Pukul 3:40 pm, barulah sampai ECM, cepat-cepat KK jalan kaki, sebab panas, nak terjah pintu Parkson, haha

Bila sampai lega rasa hati, tunggu mak cik tu sampai kejap, terus pergi makan, sebab KK lapar, makan pagi saja.

Makan-makan, sambil gosip-gosip sikit, lama dah tak jumpa kan, bila dah jumpa, habis segala cerita keluar, haha


Pukul 6:20 barulah gerak pergi wayang, terus masuk, tercapai juga nak tengok cerita Fast & Furious 7 ni, lama dah berangan sebenarnya, haha

Habis wayang, terus balik, sebab dah jam 8:30 pm, Ayza pun mak dah tunggu, KK pula esok kerja, jadi balik lah,

Terima kasih sebab ajak KK tengok wayang, nanti kita keluar lagi ye makcik, hehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan