Halaman

15/04/2015

Kembali ke sekolah lama...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari Isnin yang lalu, baru saja 2 hari lepas, KK ada ke sekolah lama, semasa KK di tingkatan 4 & 5 di sekolah tersebut


Cikgu Seni KK yang panggil, katanya ada kerja sikit, konon macam pandai sangat nak melukis bagai, haha, tangan kaku KK ni, haha

Dalam pukul 9 datang, nasiblah perhimpunan semua dah habis, kalau tak nampak lah semua budak-budak sekolah tua masuk sekolah balik, haha

Jumpa cikgu di bilik seni, ada keterangan sikit, barulah bermula melakar, terus pancaran cahaya dari projektor, lakar dan tekap, tapi sebab panas, tak berapa nampak


Makan masa yang agak lama, sampaikan pukul 2 baru siap melakar semua, sebab terlebih silau, jadi susah sikit nak ikut lakaran.

Fuh !! Siap juga akhirnya, siap lakar, sebab dah pukul 2, budak pun dah nak balik, jadi berundur dulu, KK pun dah rimas, panas berpeluh bagai dah

Balik lah, tak tahu nak sambung bila, mungkin Jumaat kalau jadi, sebab KK cuti, kalau boleh nak siapkan dalam masa satu hari terus


Tiada ulasan:

Catat Ulasan