Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, sudah berbuka kita semua di seluruh Malaysia, dan telah selamat menunaikan solat Maghrib
Tercapai juga hasrat KK untuk berbuka bersama keluarga, kerana semalam tidak dapat berbuka bersama kerja tuntutan kerja
Juadah untuk KK sekeluarga amat ringkas, ayam masak kicap, telur ikan masak pedas dan sayur campur, untuk minuman air sirap, tapi KK pilih air masak sahaja
Selesai sudah puasa hari kedua, jelajah Ramadan masih panjang, banyak lagi pahala yang harus dikumpul dan pasti menjadi rebutan semua umat Islam di seluruh dunia
Selamat berpuasa dan hiasi Ramadanmu dengan penuh barakah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan