Halaman
▼
01/08/2015
Steamboat di Angah BBQ Steamboat !
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Malam semalam, KK dengan rakan kerja Adibah pergi makan steamboat, dah rancang dari hari Isnin dah, jadi Khamis lah harinya sebab KK cuti
Tak pernah lagi makan disini, pertama kali, kalau di FB, agak terkenal juga steamboat disini, sebut saja Angah Steamboat, pasti tempatnya di Kampung Tengah
Dalam jam 8:36 p.m KK sampai, Adibah dan kakaknya sampai dulu, KK sedikit lewat, hehe, jauhkan, Adibah dekat sahaja
Makan sampai tak larat, haha, buka dari petang, 5:30 petang sehingga 11:30 malam, bayaran untuk dewasa cuma RM 19 seorang
Dari barisan makanan steamboat, ada juga nasi goreng dan untuk pencuci mulut ada laichikang, air yang diberikan air teh cina sahaja
KK dari sampai 8:36 pm, pukul 11:10 pm baru angkat kaki, berapa kali tambah, hehe, makan sampai tak larat, kenyang, alhamdulillah
FanPage : Angah BBQ Steamboat
bestnya..dah lama tak makan steamboat..
BalasPadamseronok kalau makan ramai-ramai !
Padam