Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya, begitulah perumpamaannya yang selalu digunakan, dan kita harus percaya dengan setiap ketentuan yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, kerana perancangan Allah itu lebih baik
Nasib KK, mungkin rezeki KK setakat ini sahaja, berharap rezeki di tempat lain, KK percaya rezeki Allah itu luas dan Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk kita
Notis sudah diberi pada 31/8/2015, dan notis bertarikh mula pada 1/9/2015, dan akan berakhir pada 30/9/2015, sebulan notis, sebab KK dah dikira pekerja tetap
Alhamdulillah, pada mulanya notis KK mendapat tentangan oleh pengurus, tapi lama kelamaan pengurus KK terima baik notis itu, KK sangat berterima kasih
Mungkin perjalanan KK selama 1 tahun 5 bulan akan berakhir setakat itu sahaja, KK terima dengan hati terbuka, pada mulanya agak sukar, tapi inilah keputusan akhir KK buat, KK sudah berfikir panjang untuk membuat keputusan ini
InsyaAllah, KK doakan pengurus KK akan mendapat pekerja yang 10 kali lebih baik dari KK, KK berpegang kepada "yang patah tumbuh, yang hilang berganti"
Notis masih berjalan, lagi 10 hari lagi, KK akan lalui hari-hari terakhir dengan gembira dan penuh bermakna, lepas ni pasti akan rindu dengan suasana dekat sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan