Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
2-3 hari yang lepas, KK lupa bila tarikh sebenarnya, hehe, KK dan kawan ada ke satu kedai yang boleh dikira baru lagi di Kuantan ni
Kedai makan ni jadi agak terkenal sebab dipromosikan di laman FB, masuk dalam "group" Kuantan, ramai memberi pendapat untuk memcuba
Lokasi terletak di belakang Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) , masuk saja jalan belah belakang, pusing-pusing memang jumpa
KK dengan Cik Mira berdua, dari bandar, alang-alang terus datang sini, biasalah tempat baru, kena cuba, kalau tak, kita tak tahu, hehe
KK cuba makan Nasi Lemak Ayam Berempah dan Mira makan Bubur Ayam, dan air kat sini jangan risau, ada air sirap percuma tau, jadi ambil sahaja banyak mana
Nasi dah sedap, ayam rempah pun sedap, cuma nasi sejuk ! aduh, hilang mood nak makan, yang lain dah boleh jalan, nasi kurang sikit, sikit pun tak hangat
Cuma itu saja, bubur yang Mira makan katanya sedap, air sirap pun sedap, tidaklah tawar, bila tambah ais masih rasa manisnya
Kalau sesiapa yang tinggal di Kuantan, boleh cuba, macam-macam ada sini, Nasi Ayam, Nasi Arab dan macam-macam lagi
rate harga berapa yer ?
BalasPadamrate harga dari RM 5.90 ke atas
Padam