Halaman
▼
01/09/2015
Selamat Datang September !
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tak sangka, sudah masuk bulan 9, iaitu bulan September, lagi 3 bulan nak habis tahun, nanti masuk tahun baru, sekejap nya rasa, macam tak percaya
Masuk harini, dah 1 tahun 5 bulan KK kerja disini, tapi nampaknya setakat ini saja, macam jodoh tak panjang, sebab KK dah hantar notis
Hehe, lupakan hal tadi, fokus untuk buah hati September, berlalu sudah Ogos, begitulah bulan ke bulan, tak sedar dah habis sebulan, macam mimpi saja
Masuk bulan baru ni, KK cuma nak teruskan hidup dengan penuh ceria, lupakan perkara yang remeh temeh, fokus dengan kerja dan keluarga
Kadang-kadang perkara remeh ni lah buat kita tak senang duduk, kotornya hati kita ni kadang-kadang, kena ubah persepsi ini, bersihkan sikit hati yang dah berkelodak
Ceriakan hidupmu, pastikan September memberi senyuman yang berpanjangan dalam hidup kita, usah digusar dengan masalah, kerana perkara itu tidak akan selesai jika lari dari kenyataan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan