Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tak sangka dengan sekali percubaan, kek dam KK menjadi, walau tak secantik hasil tangan kak ita, tapi bolehlah, haha, sifu kak ita, anak buah nak tunjuk kek checkered ni, hehe
Hasil inspirasi dari Kak Ita, blogger masakan terkenal, kalau masuk blog kak Ita, memang rambang mata, suka tengok hasil air tangan kak Ita, halus dan terperinci kek-kek kak Ita
Kek dah habis, baru nak cerita, haha, memang kelakar, tapi begitulah betapa laku dan larisnya kek dam ni sebab comel, kadang sayang nak makan
Bosan-bosan dirumah, mencuba perkara baru, tidak susah atau terlalu mudah, barangkali juga tidak mustahil, tetapi dengan sedikit usaha dan kesabaran, akan pasti terjawab dan tersenyum dengan hasilnya
Hasil olahan dengan sedikit kreativiti, tak susah sebenarnya, kerana untuk membuat kek, KK cuma guna resipi Kek Minyak, jangan terkejut, sebab boleh saja, hehe, boleh rujuk dalam blog KK, ada resipi ni
Cuma bakar satu persatu, bakar ikut warna, KK buat 4 warna, merah jambu, ungu, hijau dan putih (warna asal), bakar suhu 160C selama 30 minit
Cara nak buat bulat-bulat tu, boleh potong guna pisau, tapi disebabkan KK tak ada alat, KK buat sendiri saja, ambil kertas dan ukur, jadi kalau kek 8 inci, boleh buat 2 inci setiap bulatan, jadi dapat 4 lapis, KK guna jangka lukis (boleh google) nak buat bulat, lagi tepat dan cantik ukuran
Lepas dah siap potong, selang seli kan warna, hati-hati sebab kek boleh patah, kek lembut lagi, pastikan angkat dengan berhemah, jangan ganas-ganas, sapu krim sebagai pelekat antara lapisan kek
Lepas dah siap, bolehlah sapu krim keseluruhan kek tu, KK tak pandai sapu, pakat letak saja, nak ratakan tak pandai, tapi bab menghias serahkan saja padaku, hahaha, sama saja
Jadilah begitu, deco pun ikut suka, sebab krim tinggal sikit, banyak sapu atas kek, bolehlah buat dua warna saja, merah jambu dan ungu, hias ikut suka hati jiwa dan raga
Perkara yang gembira, sampai KK melompat, bila kita nak potong tu, sebab nak tahu hasilnya, menjadi ke tidak kan, kalau tak jadi, makan sajalah, dah nama percubaan kali pertama
Alhamdulillah, KK potong depan mak, dia ingat KK buat Kek Pelangi 5D macam dulu, ternyata sangkaan itu salah, haha, dia pun teruja, sebab tak sangka KK dapat buat kek macam ni
Inilah hasilnya, jangan takut untuk mencuba, nak lawan kak Ita memang tak boleh, hehe, sebab susunan pun tak betul lagi, apapun KK masih perlu banyak belajar lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan