Halaman
▼
16/11/2015
Isi perut di Nasi Ekspres
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Jumaat lepas, KK seharian keluar dengan si Arif ni, sebelum dia berlepas semula ke Kuala Lumpur, penuhkan masa dengan sebaiknya
Tak lama dah, tahun depan bulan Februari si Arif ni dah habis belajar, tak lama, sekejap saja masa berlalu, tup tup nak habis tahun
Dari lepas Jumaat, sampai ke malam, lepas ni KK keluar seorang diri saja, haha, suka buat ayat sedih, konon macam hidup sebatang kara, hahaha
Untuk malam malam, KK ajak Arif ke Nasi Ekspres, pada mulanya nak ke Nasi Lemak Gergasi, tetapi malangnya penuh meja, terus tukar tempat makan
Sampai di Nasi Ekspres, tak ramai, meja pun banyak lagi kosong, terus beratur nak pesan makanan, banyak juga pilihan disini
KK pilih Fried Chicken Chop, dan Arif nak tiru juga, tapi ambil yang grill punya, sibuk saja dia ni, meniru saja kerjanya, haha
Bagi KK sedap, dan berbaloi, harga pun kira berpatutan, tempat luas dan selesa, kalau datang ramai-ramai pun tak apa, sebab tempat luas
Sebelum ni KK dah pernah datang, tapi makan Nasi Lemak Ayam, sedap juga, haha, kiranya semua sedap, tak pandai nak beza apa yang tak sedap, asal boleh telan semua sedap !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan