Halaman

18/12/2015

"Hadiah" di pagi hari


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bangun pagi di hari cuti, niatnya nak cuci kereta, berbulan dah tak basuh, 2 hari lepas KK cuma lap dengan kain basah saja


Jenguk kereta dari tingkap, biasa abah akan guna, mungkin sudah tertulis, nampak kepelikan pada bahagian bumper belakang

KK terus panggil mak suruh tengok, kami pun meluru ke luar nak tengok dari jarak dekat, apalah nasib KK ni, sikit lagi nak tercabut

KK jarang sekali guna sebab pergi kerja guna motosikal, abah selalu guna, untuk pergi masjid, terus KK tak ada hati nak basuh kereta, biarlah kotor pun

Abah balik, dia baru perasan, dia cakap nak baiki, sedih tau KK, selama KK pakai tak pernah jadi macam tu, orang lain buat tak endah

Nak buat macam mana, tetap ayah kita, tapi KK terkilan juga, bukan senang tau nak dapatkan sesuatu yang puluhan ribu ringgit dengan duit sendiri tanpa bantuan orang

KK mampu pasrah, nampak perkara kecil saja, setakat tu, tapi kalau kita punya sendiri, hasil titik peluh sendiri, hatta calar sebesar duit syiling, mesti tidur tak lena kan


1 ulasan:

  1. Wa'alaikummusalam. Betul tu! Bila kita kena guna duit kita mesti rasa berat je emm sabar je lah KK :)

    BalasPadam