Halaman
▼
10/02/2016
Walimatul Urus Aliya & Firdaus
Assalamualikum dan Selamat Sejahtera,
Pertama sekali bila KK melangkah masuk ke dalam dewan, apa yang KK cakap, "cantiknya pelamin" terpaku tengok pelamin, KK suka
Bila tengok pengantin pula, terdetik dalam hati "cantiknya baju Aliya" baju gaun ala-ala puteri kayangan tu, berona biru lembut, memang cantik
Lepas tu tak tengok dah, sebab meluru ke tempat makan, haha, tak kisah lah apa yang cantik pun, makan dulu, lepas ni sambung cerita, haha
Ajak lah warga-warga kampung makan, si Arif, Kak Mimi, Nadia, ayuhlah kita melantak dulu, lepas ni baru salam pengantin ke apa, haha
Dah siap makan, melantak cendol pula, tak cukup lagi, ambil kuih lagi, semua sedap, rasa nak bungkus bawa balik, haha
Habis sesi memenuhkan perut, tibalah masa nak hancurkan pelamin orang, haha, tak sah kalau tak jahanamkan pelamin orang
Terima kasih Aliya sebab jemput, makanan semua sedap, seronok dapat jumpa kawan-kawan lama, semua cantik-cantik, bridemaid semua cun melecun, hehe
Semoga berbahagia, selamat pengantin baru, semoga berkekalan, selalu dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dan semoga dikurniakan cahaya mata yang comel
tahniah kepada pengantin...
BalasPadamsemoga berkekalan hingga akhir hayat!