Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
KK nak cerita kisah 1 bulan lepas ni, haha, orang cakap benda yang lepas jangan dikenang, tapi KK nak kenang juga, haha, nak juga !
Kisah paling gempak ! sebab KK buat keputusan kurang dari 4 jam dan keputusan yang agak drastik dalam hidup KK
Gila ke apa berhenti kerja dalam masa 24jam? jarang sekali dibuat orang tapi kes ni memang ada berlaku, salah seorangnya ialah KK, haha
KK terima satu tawaran kerja yang agak menarik, dari satu syarikat yang agak terkemuka kat Malaysia ni, selalu masuk di corong radio dan televisyen juga
Pastinya tawaran gaji yang menarik walaupun beza sikit saja, tapi sebenarnya dah lama KK nak kerja ni, memang lari 360 darjah dari bidang dan minat KK sebelum ni
KK buat keputusan, terima kerja ni dan terus buat notis 24jam serta merta demi kerja baru, sayang memang sayang, tapi KK fikir demi diri sendiri dan masa depan
Lepas dah siap semua, KK telefon majikan KK, terangkan semua pasal ni, dan walau agak terkejut, mereka terima dengan hati terbuka, alhamdulillah
Keesokan harinya, hari terakhir, KK datang kerja macam biasa, dan terus beri notis 24jam, tak ada drama air mata, semua buat macam biasa saja
Sebab esoknya KK dah mula kerja baru, tak ada istilah rehat ke apa, terus kerja, bidang baru, kerja baru, dan kawan yang baru
Nak tahu kerja apa? sabar, nanti KK akan cerita satu persatu !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan