Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sudah 2 bulan KK berhenti dari kerja dulu, tempat KK cari rezeki, belajar bidang kek dan pastri dengan lebih mendalam
Siapa kata tak rindu? haha penipu je, mesti rindu nak sentuh tepung, roti, kek dan segalanya dalam bab dapur pastri
Tapi itulah kan, jodoh tak panjang, rezeki KK di tempat lain, membawa diri pergi tempat orang, cari rezeki kat lain pula
Sampai sekarang masih lagi berhubung dengan kawan kerja, masih seperti biasa bertukar cerita, bergelak ketawa cuma di alam maya saja
InsyaAllah, kalau KK turun ke Kuantan, pasti akan jenguk tempat kerja lama, jumpa balik, mesti macam macam gosip ni, tak habis bercerita dari pagi sampai malam
Terima kasih sebab sudi terima KK kerja, dan terima kasih kerana menerima keputusan KK untuk undur diri dengan hati terbuka
All the best KK !:D
BalasPadam