Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Lepas sahur tadi, KK tak tidur, lepas Subuh terus ke dapur sebab nak siapkan projek biskut raya terakhir iaitu popia nestum
Baru beli kulit popia tu semalam, pagi tadi baru buat, gulung-gulung dan goreng, nestum dan gula serta susu tepung dikisar hingga hancur
Lepas dah siap semua tu, barulah KK siapkan tempat fotografi, penat nak cari pencahayaan, almaklumlah telefon murah, kena cari sumber cahaya secukupnya, haha
Lepas dah siap-siap, sebanyak 12 jenis biskut raya yang ada, edit pula, letak watermark semua, barulah dapat berehat kejap
Baru saja KK post di fb, bolehlah tengok kalau ada yang berkawan dengan KK di Facebook tu, boleh godek-godek
Kejap lagi atau esok atau lusa KK akan buat draf, sekali dengan resipi asal kalau rajin, haha, kalau malas KK post gambar sajalah, hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan