Halaman

16/08/2016

4H 3M -MEDAN- (P12) : Istana Maimoon & Perhabis duit !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bangun pagi dan berkemas untuk pulang ke Malaysia, haha, nak balik dah KK dan kawan-kawan, tidur lena sekali, sejuk sangat penghawa dingin, nasiblah selimut tebal, hehe


Untuk sarapan pagi di hotel ni, sarapan disajikan secara buffet, ada nasi putih, ayam masak pedas, sayur campur, selain itu, ada roti, jem, mentega dan air tea o panas

Hotel-hotel sebelum ni semua hidang untuk tetamu saja, kat sini buffet, melantaklah banyak mana pun, KK ambil nasi sikit saja, tapi ceduk ayam sampai 3 ketul, sedap macam ayam masak merah, nampak tak gelojoh kat situ? haha




Selepas dah habis melantak, tiba masa hantar kunci, dan terus meluncur laju kita ke jalan jalan di bandar Medan, pagi-pagi ni tak sesak mana, tapi setengah jalan sesak juga

Kami dibawa cari kain pasanglah, telekung lah, macam-macam, dalam masa yang sama nak kejar sebelum pukul 1 sebab penerbangan pulang jam 4.45 petang waktu Indonesia

Gambar berbaju seragam seperti raja sehari tu diambil dari Istana Maimon yang terletak betul betul di tengah bandar Medan, memang tempat wajib singgah warga pelancong



Destinasi terakhir kami disini, sempatlah rembat baju t-shirt kat sini, haha, ada gerai jualan, nak cari keychain ke memang banyak, tapi lebih murah di Berastagi

T-shirt dewasa berharga RP 25 ribu, kanak-kanak pula RP 20 ribu, KK ambil untuk mak satu, ayah satu dan adik satu, jadi total RP 70 ribu

Singgah di gerai lain pula, berkenan tengok keychain, sepaket ada 10 ketul, harga RP 25 ribu juga, sama harga dengan baju, tapi dapat 10 ketul, hehe, belilah 2 paket jadi RP 50 ribu




Foto-foto diambil dari dalam Istana Maimun, baju tu sewa tau, bukan tempah mahupun beli, haha, cuma RP 10 ribu saja satu pasang, pakailah walau dalam kepanasan, haha

Boleh pilih nak bergambar kamera sendiri atau kamera tuan kedai, KK pilih kamera sendiri saja, pandai-pandailah edit nak bagi setaraf GoPro atau DSLR, haha

Ramailah pelawat bergambar dengan pasangan masing-masing, acah acah foto pra-perkahwinan, pakai baju warna sama, kita ni mampu tengok saja, hidup bujang, haha




Nampak tak raja sedang murka tu? hah, KK tak pandai buat muka garang, acah acah tu bolehlah, hidup tak mahu marah-marah, kena gembira sepanjang masa, hehe

Dah bersiap sesi fotografi, semua dah rasa lain, sebab inilah hentian terakhir kami di Medan, lepas ni terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, balik dah !

Masa dalam kereta lah bercerita semua, konon sedihlah, nanti rindulah, nak datang lagi, sedih sangat rasanya, rasa tak nak balik, haha, tapi hati mampu redha

Kami tak minta untuk makan tenggahari, sebab risaukan terlewat sampai di lapangan terbang, jadi minta Mas Ronnie singgah di Indo Maret beli roti saja makan di sana

Eh eh eh, sabar, cerita tak habis lagi, nantikan sambungan...

6 ulasan: