Halaman

15/08/2016

4H 3M -MEDAN- (P5) : Bukit Gundaling & Puncak Sipiso-piso !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kisah masih lagi bersambung dari Part 4, jadi ayuh kita teruskan pengembaraan ke Part 5, tetapi masih di hari kedua KK bersama kawan-kawan di Medan, Indonesia


Kami dibawa ke Bukit Gundaling, tak silap KK dalam 30 minit juga perjalanan dari kebun strawberi tu, ke satu jam, maaflah lupa dah,  haha





Kawasan Bukit Gundaling ni alkisahnya kawasan raja yang menetap disini bersama rakyat jelata, banyaklah monumen dan patung-patung disini

Angin bukit memang laju dan sejuk sangat, KK rasa nak terbang, masa ni KK tak jalan mana sebab sejuk, badan ni rasa nak demam semacam, tapi permandangan sangat cantik

Dah siap bergambar semua, inilah yang paling seronok dan sangat teruja, melihat kebesaran Allah yang sangat cantik, subhanallah, tak terkata bibir ini


Puncak bukit Sipiso-piso, boleh nampak semua apa yang dibawah, sungai, bukit bukau, rumah kampung, tanaman semua nampak dari sini

Kat sinilah semua sibuk bergambar sakan, almklumlah telefon KK kurang cantik dari segi kamera, pinjam telefon kawan saja, haha, menumpang kasih sekejap






Memang sangat cantik permandangan kat sini, tak terucap dengan kata kata dari mulut, ramai juga orang disini masa KK sampai tu, semua berselfie bagai

Pagi tadi elok saja rambut ni, sampai sini dah tak ada rupa, haha, sedih rasa dah macam mak lampir, hehe, hancur diterbangkan oleh angin, hahaha

Dah jumpa bahagian depan, Mas Ronnie ajak pula meredah hutan untuk ke bahagian belakang, katanya cantik juga nak berfoto, saja lah tu nak dera masuk hutan kan, haha

Ikutkan saja, dalam hati redha sebab nak kena redah hutan lagi, ingatkan dah habis, haha, majoriti semua nak pergi tengok apa yang ada kat belakang tu

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit juga nak ke belakang tu, hutan belantara yang tak berapa tebal, tapi dah ada laluan, ikut saja jejak bekas pejalan kaki disitu





Nampak tak acah-acah berani tu, biarpun batu tu tak tinggi tapi KK gerun juga sbb licin permukaannya, tak nak lah jatuh, nanti sakit, haha

Macam di sebelah depan tadi nampak tasik, iaitu Danau Toba, belah belakang pula nampak pohon menghijau, kawasan rumah rumah kampung yang penuh berderet

Kat sini pun angin boleh tahan kencangnya, melambai-lambai lalang yang panjang nak sama tinggi dengan KK, tapi kalau orang suka fotografi, inilah tempatnya

Dah habis berfoto, kembali semula ke hadapan dan perjalanan diteruskan ke Air Terjun Sipiso piso pula, dan makan bakso ! asikkkkkk, hehe

2 ulasan: