Halaman

19/08/2016

Salam Jumaat !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekejap saja seminggu berlalu, dari hari ke hari, masuk harini dah 8 hari berlalu percutian KK di Medan, sudah-sudahlah, haha, boleh dah masuk muzium, hehe


Harini rasanya macam tak berapa nak sihat, panas saja badan dari tadi, semalam tidur pun dah macam tenggiling, haha, sejuk walaupun suhu penghawa dingin 27'C

Esok KK balik Kuantan kejap sebab ada makan malam sambut menantu sepupu KK yang kahwin bulan April lepas, bolehlah tambah lemak, haha

Masih dalam proses menyesuaikan diri ditempat baru, KK sendiri cuba untuk hadam dengan segala persekitaran yang berlaku sekarang, haha

Masih rindukan tempat kerja yang dulu, nak balik ke Pekan semula, rasanya bulan hadapan baru pindah Pekan semula, harapnya tak kekal disni

Gambar atas tu tak ada motif pun, hehe, gambar tu masa KK balik dari Medan ke Malaysia, penerbangan AirAsia pada jam 16:45 waktu Indonesia

Kepada yang bekerja, teruskan bekerja, hari anda masih panjang, nanti dah cuti dua hari kan, kerja bersungguh sugguh semua  hehe

Salam Jumaat semua !

2 ulasan: