Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kembali lagi kita bersiaran dalam segmen "Lunch Box" dengan chef tidak bertauliah kita undang khas dari Zimbabwe iaitu Chef KK
Kali ni chef nak cuba beli di satu kedai kat sini, tak pernah jejak pun, tapi disebabkan harini Ahad, banyak kedai tutup, jadi terpaksa pergi
Pesanlah nasi lemak, nak lauk ayam, KK agak kecewa sebenarnya bila melihatkan keadaan nasi lemak tu, tak rupa nasi lemak, macam nasi putih
Nasi tu rasalah nasi lemak, dengan tak adanya bilis, apatah lagi kacang, timun adalah dua hiris, sambal pun pakai yg ayam tu, tu pun rasa ayam masak merah
Sedih tengoknya, harganya? RM 5 tau, memang "terbaik" harganya, kalau lengkap dengan telur, bilis, kacang ke, KK sanggup bayar RM 7 sekalipun, ni sadis
Dah beli kan, makan sajalah, nak buat macam mana, tapi kecewa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan