Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kembali lagi kita dalam segmen makan-makan bersama juri tidak bertauliah, haha, iaitu chef KK yang didatangkan khas dari Uganda, haha
Untuk menu harini agak biasa, sebenarnya dah lama sangat tak makan tomyam makcik ni, dulu selalu beli, sejak kerja di Kemaman sekejap, jadi rindu pula
KK beli harini, makcik tu pun pelik sebab lama tak tengok KK, senyum sajalah, sebulan lebih dah tak beli kat dia, kalau dulu hari-hari
Nasi putih penuh dengan tomyam cuma RM 3.50, malas nak banyak lauk nanti tak tahu nak makan mana satu, hehe, senang satu saja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan