Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Hari Jumaat penghulu segala hari, yang kaum Adam tu, tadi pergi tak masjid? jangan nak bagi alasan uzur ye, nanti kena rotan, haha
Aiskrim tu wajib beli tiap kali pergi masjid, haha, tak pernah tak beli, tiap minggu muka inilah berebut dengan budak-budak, haha
Tak lama lagi dah nak sambut raya kali ke-2, kalau di Mekah pasti meriah kan, kalau di Malaysia biasa saja, tak semeriah Aidilfitri
Bak kata mak KK, raya Haji ni khusus untuk orang pergi haji, tapi boleh nak sambut macam biasa, jangan harap duit raya tau, memang tak dapat
KK disini lagi kurang dua minggu lagi, sebab lepas raya Haji akan ditukarkan kembali ke tempat asal, iaitu Pekan, rindu nak balik Pekan sebenarnya
Alhamdulillah, semoga semuanya sihat-sihat belaka, yang masih dikurniakan kesihatan yang baik, alhamdulillah, diharapnya untuk terus bersyukur kepada Allah, aminn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan