Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Lupa nak beritahu, barang yang KK pesan dari Nile dah sampai semalam, laju pula sampainya, dalam petang jugalah abang poslaju menjengah pintu pejabat ni
Dah sampai cepat-cepat buka bungkusan nak tengok isi kat dalam, tak sabar nak pakai Sabtu ni beg ni, nak berjalan sangat kan, haha, ayuh kita tengok
Inilah beg-beg tersebut, yang atas tu beg kecil, untuk KK letak dompet, telefon dan barang-barang KK yang lain, sebab KK memang biasa bawa beg
Yang bawah tu, beg galas belakang, nanti KK nak letak baju semua dalam tu, kecil dan kompak beg ni, bukan lama pun, nak pergi 3 hari saja, hehe, takkan nak bawa luggage
Apa pun, dua barang ni KK puas hati, barang memang sama macam dalam gambar, sama saiz dan sama warna, boleh dah nak kemas kemas baju ni letak dalam beg, hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan