Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sebaik mana pun kita jaga, sehalus mana pun kita perhati, pasti kalau nak jadi, jadi juga kan, apapun kena sabar dan redha
Ni kes hari Jumaat lepas, kereta KK kena langgar, KK ni kerja, mana lah kita tahu masa bila kan, lagi-lagi pejabat tingkat atas
Alhamdulillah, nasib KK baik kerana si pelaku telah meninggalkan no telefon untuk dihubungi, dan KK telah memaklumkan hal demikian
Kerjasama yang diberikan amat baik, KK sikit pun tak marah, sebab abang tu sendiri mengaku dia buat, jadi kita selesai cara baik, dan abang tu sanggup nak selesaikan semua kos pembaikan kereta KK
Kes masih lagi tak selesai, sebab KK berada di Jerantut, KK ada minta tolong mak dan ayah untuk tanya kat bengkel pasal kos baik pulih tu, InsyaAllah, semuanya akan baik
nasib tak langgar lari..huhu
BalasPadamitulah kak normi, nasiblah org tu nak bertanggungjawab..
Padam