Halaman

11/03/2017

Menjaga anak bulus


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu lepas KK cuti, balik Kuantan sebab mak nak pinjam kereta, nak balik kampung katanya empat beranak, KK tak balik pun, sebab cuti tak lama, hehe


Jadi tugas menjaga anak bulus dua ekor ni beralih tangan lah, dari "mak kandung" yang jaga, tukar "mak tiri" yang jaga pula, tapi tak perlu risau, mak tiri ni tak jahat, baik sangat, hahaha


KK lah yang jadi mak tiri sementara mak kandung pulang ke kampung di Selangor, kerja bagi makan, dah makan tidur dalam rumah, biasalah, dialah raja, kalau mak kandung ada, memang tak dapat tidur dalam rumah, haha

Sempatlah dua hari jaga si anak bulus ni, nasib tak buat hal, ragam pun tak banyak, bagus kerana memberi kerjasama yang baik, paling penting makan kena habiskan, barulah tak membazir, ehehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan