Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tempoh 5 bulan bukan satu tempoh yang singkat atau baru untuk satu perkenalan itu dipupuk apabila kita berkawan dengan seseorang lagi-lagi apabila serasi
Begitulah KK dengan Nadia ni, kenal dah lama masa kerja di kafe dulu, lepas tu KK ajak kerja ditempat kerja sini sebab ada kekosongan dan diterima kerja
Tapi tak panjang, sebab Nadia meletak jawatan kerana mengikut suami, sedih juga kan, tapi dia dah ada tanggungjawab lain sebagai seorang isteri
Nadia dah KK anggap seperti adik sendiri, kita kerja berdua kan, apa-apa masalah, mesti mengadu bersama, makan ker, keluar beli barang, semua sama-sama
Sekarang KK dah kembali solo, haha, Nadia pun dah dapat kerja lain dan dekat dengan suami, alhamdulillah, semoga terus sukses dan terus mengejar impian mu
Ampunkan segala salah dan silap abangmu ini jika ada tersilap kata, terasa hati ker, halalkan makan minum, dan terima untuk segalanya sepanjang kerja disini, terima kasih tau selama 5 bulan ni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan