Halaman

21/07/2017

Salam Jumaat (Al-Fatihah)



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, masih lagi bernafas di dunia, masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik dan masih boleh bekerja seperti sediakala, amin


Pagi tadi KK dikejutkan dengan satu berita yang tak disangka-sangka, berita kematian jiran rapat, kakak kepada kawan baik KK sendiri telah pergi menghadap illahi

Allahu, tak sangka KK, tapi sebenarnya arwah dah lama sakit, seorang yang tabah, penyakit LUPUS telah lama mendiami dalam badannya, dengan jangkitan kuman

Sedih juga KK, berasa lah juga, sebab rapat juga, suka bergurau dengan KK, tak sangka Allah lebih menyayangi beliau, takziah dari KK kepada seluruh keluarga harap tabah

Semoga Suraiya binti Sulaiman ditempatkan di kalangan orang beriman, KK akan selalu mendoakan untuk kokya, kami akan selalu merinduimu, Al-Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan