Halaman

02/12/2017

Sayonara Aini !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Untuk mulai bulan Disember, KK nak cerita yang sebenarnya kawan kerja KK dah sebulan berhenti kerja, sedih juga rasanya, tapi nak buat macam mana, redha saja


KK kerja dengan Aini lebih kurang setahun, masa mula-mula kerja kat sini, dialah yang pertama sekali tegur KK dan cuba berbual, rupanya orangnya banyak mulut, haha




Dari lain cawangan, sampai duduk satu bumbung, kerja sama-sama sampailah satu tahap dia cakap dia nak berhenti, katanya nak balik dan duduk di kampung

KK hanya mampu tersenyum, dan tak boleh buat apa, KK gembira sebab dia nak kejar cita-cita sendiri, bagus sis, KK sokong sangat dan pergilah menggapai cita-cita



Terima kasih sis sebab sudi berkawan dengan KK, selalu makan apa saja yang KK masak, teman mengadu masalah, selalu juga gaduh-gaduh manja, haha, tapi itu biasa, KK doakan yang terbaik untuk sis !

#throwbacknovember

Tiada ulasan:

Catat Ulasan