Dari minggu lepas dah Kak Su bercerita pasal churros yang dijual tepi jalan ni, KK lepas sehari hari nak pergi beli
Baru harini ada kerajinan sikit nak pergi beli, haha, nasiblah tak beratur sebab budak-budak sekolah dah balik kan
Rupanya memang sedap, dapat pula dengan sos coklat tu, churros dah sejuk tapi masih rangup lagi, RM 1 dapat tiga ketul, KK beli dua ringgit, cukuplah makan seorang
Esok kena beli lagi ni, sedap sangat, betullah apa yang Kak Su cakap tu, hahaa, kalau tahu tadi beli banyak terus, hehe
churros dalam gambar tu kalau goreng lama sikit, mesti lagi brown & garing hehe.
BalasPadamsemester lepas beli la juga share dengan kawan, sedap kot makan dengan coklat tapi kawan suka makan camtu je lolkayy
betul, kalau garing lagi sedap, tapi ni pun dah cukup rangup
Padam