Halaman

23/05/2018

Jalan-jalan Kuala Terengganu !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tiga hari sebelum puasa, jatuh pada hari Ahad, KK ada pergi ke Terengganu, saja jalan-jalan nak pergi melawat sahabat KK yang baru kahwin tu, dia tinggal sana


KK pergi berdua, patutnya bertiga tetapi yang seorang tu tak jadi saat akhir, jadi berdua saja, KK yang pandu kereta, mujurlah jalan senang, lurus dan terus






KK dengan Farah lah dari Kuantan, ni geng tak kahwin, hahaha, yang lain dah selamat jadi bini orang, pukul 8 pagi dari Kuantan, main-main pukul 11.30 juga sampai

Sampai sana si Erne lah yang bawa pergi jalan bandar Kuala Terengganu, rumah mertua Erne kat Marang, jadi ke Kuala Terengganu tak adalah jauh mana kan







Bab bergambar lah paling suka, masuk pasar payang lagi, makan-makan, masjid kristal, dan macam-macam aktiviti kami bertiga buat, almaklumlah lama dah tak berjumpa, sempatlah bertukar cerita

Gambar-gambar ni baru sikit, kalau ikut banyak lagi, tapi KK kongsikan serba sedikit saja, berjalan dari tenggahari sampai ke petang, pukul 6.30 petang baru balik





Keluarga mertua Erne ajak tidur, tak boleh, sebabnya Farah kerja esoknya, KK tak apa, sebab KK baru habis notis dua minggu, hahahaha, kesian kat Farah kena kerja

Terima kasih Erne sudi terima kunjungan KK dan Farah, keluarga mertua sangat peramah, tak kering gusi belaka, padahal baru kenal tapi bercakap macam anak beranak dah, insyaAllah nanti datang lagi !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan