Halaman

13/06/2018

28 Ramadan : Kuih siput


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam KK balik awal sikit kerja sebab kemas pasaraya kan, jadi balik balik tu rasa tak penat, minta tolong mak ajarkan buat kuih siput ataupun kuih gunting


Kemain lagi cari bahan bahan, sampai bahagian nak menguli tepung, baru rasa tangan ni lenguh selenguhnya, haha

Lama kan nak menguli sampai tepung tu jadi doh yang lembut, mujurlah sempat sebelum berbuka, tapi tak siap juga sebab kuih siput tu lambat nak bentukkan

Siap juga semalam, alhamdulillah, makin bertambah koleksi kuih raya KK, nanti KK akan buat entri koleksi kuih raya bagi tahun 2018, hehe, nantikan semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan