Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Manusia sememangnya dizahirkan dengan pelbagai perasaan dalam diri mereka, ada gembira, ada sedih, terkadang letih, ada masa cemburu, seringkali mengeluh, walaupun ada jua senario yang melingkari hidup, mereka tetap seorang manusia
Ada masa kita dah letih dengan kehidupan, tak mahu berjalan, tak nak tengok hari esok, sampaikan tak nak hidup pun ada, tapi ingatkan, kemungkinan hidupmu esok ada manfaat untuk orang lain
Melontar isu kehidupan, hidup adalah satu perjuangan yang tidak bernoktah, tapi sampai satu saat nanti kita akan terhenti sendiri yang kita sendiri tidak tahu bila dan bagaimana hal itu akan berlaku
Bercakap soal senyum, kita semua pasti pernah tersenyum, mendengar kisah lucu, melihat gelagat manusia, menonton karya yang mencuit hati, senyum disulami ketawa yang kadangkala tidak berinfiniti
Sebagaimana menjalani hidup yang berliku, ingatlah bahawa ada orang lain yang masih memerlukan kita, sehebat mana cabaran dan pancaroba, jangan terus mengalah dan menyerah kalah, walau apapun yang berlaku hidup mesti diteruskan dan senyumlah wahai insan !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan