Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, KK sudah menjangkau usia 24 tahun pada hari ini, masih lagi dikurniakan nafas untuk terus meneruskan hidup hari demi hari
Tahun ni sangat bermakna sebab jatuh pada hari Jumaat, hari cuti pula tu, lagipun KK tak pergi mana pun, ada kat rumah tengok anak anak, hahahaha
Tak ada apa yang berubah, KK tetap KK, cuma usia saja yang makin lanjut kan, haha, makin tua dah pakcik, cuma pakcik tak kahwin lagi, ada anak tekak saja, haha
Terima kasih semua yang sudi beri ucapan di segala media sosial yang ada, KK sangat hargai usaha kalian dengan ribuan terima kasih, KK sayang semua !
Terima kasih juga buat Farah yang sudi belanja untuk makan malam harini, esok lusa boleh belanja lagi tau, hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan