Halaman

29/12/2018

Jamuan akhir perpisahan warga bistro :(


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kita hanya merancang, Allah saja yang menentukan segalanya, itulah nasib umat manusia yang kita harus terima dengan hati yang redha, walau apa yang terjadi, hidup perlu diteruskan bukan?


Macam itulah nasib staf PDM Bistro ni, penutupan cawangan di tempat mereka bekerja telah membuatkan mereka terpaksa meletak jawatan



Pilihan yang ada kemungkinan tidak bersesuaian, jadi terpaksa pilih jalan akhir dengan berhenti kerja, tak apalah, kita harus percaya pada konsep rezeki itu ada

Jadi dengan itu, geng bistro ada buat jamuan sempena perpisahan, agak sedih juga kerana kami dijemput, satu syarikat cuma lain bidang saja, dah macam adik beradik sebab dah rapat kan, kenal



Masak punyalah banyak sebab ramai kan, segala menu ada, kira makan besar lah, sebab ini jamuan akhir, lepas ni tak masak dah sibuk kemas kedai, dan semua bawa haluan masing masing

Sedih juga kan? siapa tak sedih kalau dah hilang kerja, sebab KK pernah rasa perkara macam itu, jadi bersabar saja, lagipun bila dah kerja kenal dah lama, lepas ni tak jumpa sebab semua jauh jauh


KK doakan kawan kawan bistro, Kak Muni, Ustaz Wan, Kak Tehah, Aimi, dan Yus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan lepas ni, harap tabah dalam menghadapi ujian, insyaAllah, aminn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan