Halaman

14/01/2019

Rak kasut RM 0


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK antara manusia yang jenis simpan kasut dalam kereta, tapi mujurlah kasut tak banyak, tapi kalau dalam ruang simpan belakang tu bersepah juga


Tapi dapat idea nak buat rak untuk kasut KK tu, idea tu datang dah lama, tapi baru buat sebabnya baru ada masa

Bakul putih tu asalnya bakul letak sayur, hahaha, KK ambil dari tempat kerja, sebab bakul tu lepas guna terus buang, jadi KK ambil, eloknya sebab boleh tindan

Jadi potong sikit tepi bakul tu untuk buat macam laci, dan gabungkan saja jadilah tiga tingkat, muat muat saja kat bahagian belakang tu, elok terletak

Kos pastinya sifar sebab guna bahan yang terbuang, cuma kena rajin sikit barulah dapat hasilnya, hehe

1 ulasan: