Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Disebabkan KK balik kerja awal harini, malam bolehlah pergi jenguk bandar sikit, lama dah tak tengok jalan bandar, haha
Tapi sebenarnya KK teman Izzah cari baju untuk sabtu ni, kan KK ada majlis berbuka puasa bersama anak yatim dengan golongan asnaf di Taman Impian
Padahal boleh je nak pakai baju apapun, tapi sebab nak ikut tema, terpaksalah cari baju lain, tapi KK bukan nak cerita pasal baju, tapi pasal butang baju Melayu
Singgah di Mydin kejap, nak beli barang lain, tapi terbeli butang baju Melayu ni, kan sekarang tular butang baju Melayu macam jenis dan ragam
KK terpikat dengan butang baju Melayu bentuk wau ni, tengok terus jatuh ke hati, hahaha, apa lagi terus beli
Mana tahu tahun ni dapat aura lebih sikit, risau terbang je sebab pakai lima butang wau kat baju ni, hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan