Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Ramai kan sudah tahu tentang air nabeez ni, kalau masih belum tahu, mari KK terangkan
Air nabeez ni adalah air rendaman buah kurma yang direndam semalaman dengan air biasa saja, seeloknya kurmanya dipilih dan di letakkan dalam bilangan ganjil
Banyak sebenarnya khasiat air nabeez ni antaranya dapat membuang toksin dalam badan, membantu perut untuk tahan lapar semasa berpuasa dan membantu proses pencernaan agar lebih baik
KK buat malam ni dan akan minum pada waktu sahur, insyaAllah kita amalkan sunnah nabi di bulan ramadan
Belum pernah buat lagi.
BalasPadam