Halaman

18/04/2020

Boba PKP


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Boba ni senang saja nak buat, yang jadi payahnya bila nak mengentel tu, lambat nak habis sebab kecil


Bila dah siap nak gentel tu, nampak macam sikit, tapi nak menunggu habis tu jenuh juga menggentel, penat nak buat

Tak dapat Cool Blog pun tak apalah, kita buat jelah sendiri, hahahha, ubat hati terluka kedai banyak tutup kan, hehe

Bolehlah sebekas nak buat minum tu, bancuh air coklat letak boba pun kira jadi dah, buat basah basah tekak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan