Assalamualaikum dan Selanat Sejahtera,
Masa ni keadaan tengah hujan, agak lebat juga, dari tol Bentong dah hujan sebenarnya, sampailah ke Kuala Lumpur
Nak pergi ke SS15 ni jauh juga ye, biasalah kita tak biasa jalan jauh, hahahahah, pusing-pusing Kuantan saja, itupun belum habis pusing lagi, haha
Dah sampai kami di IndoBowl, kata Tasya kat sini sedap sedap, KK pun rasa macam nak pesan satu buku menu tu, tapi teringin nak cuba nasi kukus sotong, sebab ada sotong tu, hahaha
Sambil makan tu, tunggu seorang lagi ahli majlis iaitu Thiban untuk datang, jenuh juga tunggu yang ni, sampai habis makanan masing-masing, haha
Misi seterusnya, cari durian ! Masa ni nak makan durian dan sambung lepak kat rumah Marni, barulah boleh lepak lama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan