Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Minggu lepas lepas habis PKP, kami rakan-rakan kerja ada buat jamuan kecil kecilan sikit antara kami semua
Masak nasi arab tau, kemain lagi, ramai pula chefnya, hahaha, KK pembantu chef je, tukang-tukang potong bahan
Walaupun tak semua ada, tapi alhamdulillah, yang ada ni kita raikan juga, lagipun dah boleh berkumpul kan, jangan lebih 20 orang saja, hehe
Tapi biasalah bila pertama kali masak ni, nasi terlebih air, jadi lembik sikit, tak lerai nasi tu, kami pun kukus nak bagi kering sikit, hehe, almaklumlah pertama kali
Ayam berempah semua sedap, acar timun pun menjadi, kari pon cukup rasa, nak jadikan cerita nasi lembik sikit, haha
Terima kasih semua sebab sudi ikut serta, alhamdulillah dapat rakan kerja yang mudah dibawa bincang, nanti kita buat lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan