Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Nak cerita balik alkisah semasa hari raya haji baru-baru ni, sebenarnya tak ada nak cerita sangat pun, cuma saja nak berkongsi
KK lepas Jumaat terus tidur, hahaha, pagi tu tak ada orang pun datang rumah, cuma KK bawa kawan kerja datang beraya ke rumah, hantar semula balik asrama
Lepas tu Jumaat, habis Jumaat KK pun tidur sebab mengantuk, lagipun tak ada rencana sangat pun
Bangun jam 4.30 petang tu sajalah buka whatapps, KK tanya kawan KK ada nak pergi beraya tak, alhamdulillah berbalas juga, hahaha, ajak KK beraya
KK pun bersiaplah, hari pun dah kepetangan sangat, lagipun tak lama pun kan, sempatlah beraya dua rumah, rumah Athirah dengan rumah Marni
Sedar tak sedar kan, malam dah rupanya, dah pukul 9 baru sampai rumah, hahahaha, keluar lagi lewat petang, kalau dah beraya tu lupa tengok jam, hehe
Terima kasih Danial, Aishah, Marni dan Athirah sebab sudi beraya dengan KK !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan