Halaman

23/08/2020

Part 2 : Pulau Kapas (2H1M)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bila dah sampai kat situ, perkara pertama yang kita kena buat adalah daftar masuk chalet, KK tempah dua chalet


Pakej kawan KK ni akan menginap di Pakya Seaview Chalet, memang KK punya chalet betul-betul depan laut, best ! Buka pintu terus nampak air laut yang biru


KK kan sampai awal, boleh daftar masuk jam 12 tenggahari sebab chalet tak siap lagi, jadi kena tunggu kat restoran, sambil-sambil tu jalan-jalan dulu

Masa pun banyak lagi, aktiviti snorkeling pula jam 2.00 petang, jadi memang banyak masa, sempat lagi nak pusing, hehe

Mujurlah tak lama tu, pihak chalet tu dah panggil boleh masuk, KK dengan kawan-kawan daftar masuk dulu nak isi barang-barang semua dah berehat


Jam baru pukul 11.30 pagi, awal lagi ni, KK pun tidur, hahaha, yang lain dah terjun dah, tengah panas boleh terjun tu, hahaha, KK sayang katil lagi, hahaha

Sedar tak sedar KK terkejut jam 1.00 petang macam tu, laparnya perut kan, makan pagi tadi je bila dah sampai Marang, tunggu punya tunggu, dah dipanggil untuk makan




Sampai restoran dah dihidang, wah-wah dah macam VIP, hehe, makan petang ni kami dihidangkan dengan nasi putih, kari ayam, sotong masak kicap, kailan ikan masin, buah tembikai dan air oren, kemain meriah lauk pauk, memang kenyang !

Kenyang perut terus pergi tukar baju sebab bot dah sampai, nak pergi snorkeling pula! tak sampai setengah jam jamah nasi, nak pergi terjun laut pula, hahaha

Cerita pasal snorkeling, jom kita tengok entri seterusnya !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan