Halaman

25/09/2020

3H2M (Melaka) - Muzium Samudera & Sungai Melaka


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sebelum nak menyampai ke tempat letak kereta tu, sempatlah KK curi masa sikit untuk ke kapal ikonik tengah Melaka ni


Kapal ni dah dijadikan muzium, tapi yang buat lagi mengecewakan, muzium Samudera ditutup kerana proses penyelenggaraan, jadi tak boleh nak masuk, kena bergambar dari luar sahaja

Sebelah pada muzium ni ada sungai Melaka, kat sinilah yang naik Melaka River Cruise tu, kami dah beli tiket secara atas talian, jadi KK nak mudahkan urusan malam nanti, KK cetak terus tiket



Nanti malam tak adalah nak beratur untuk cetak lagi, boleh terus beratur untuk naik bot, Melaka River Cruise memang biasa malam barulah permandangan cantik

Jalan lagi sampailah ke kereta, lagipun hari agak mendung kelabu, nampak macam nak hujan, cepat-cepat kami berjalan nak sampai ke kereta, hahaha.

NotaKaki :-
Segala perjalanan KK dan kawan-kawan di Melaka telah diabadikan pada satu video yang KK muat naik di saluran Youtube !

Nak tengok? boleh klik link dibawah -
https://www.youtube.com/user/keymekeymoo




Tiada ulasan:

Catat Ulasan