Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Hari terakhir KK dan kawan-kawan di Melaka, bangun pagi pun rasa malas, hahaha, tapi apakan daya tuntutan kerja terpaksa diturutkan, hehe
Untuk pagi ni, kami ke satu lagi kedai sarapan pagi yang terkenal, tidak jauh dari bandar, lebih kurang 15 minit sahaja dah sampai di Roti Canai Kayu Arang
Ikut saja Gmaps tu, sampai terus ke destinasi, pasti tak sesat, yang penting kena pasti dan yakin, hahaha
KK makan nasi lemak, terliur tengok meja sebelah makan nasi lemak ayam goreng berempah, kemain besar ayamnya
Kawan KK makan lontong dengan telur goyang, biasalah kita tekak Melayu ni pagi hari lagi makan nasi, tak boleh lari
Habis saja sarapan, destinasi terakhir diteruskan sebelum balik ke Kuantan, kita pergi cari keria gula melaka !
NotaKaki :-
Segala perjalanan KK dan kawan-kawan di Melaka telah diabadikan pada satu video yang KK muat naik di saluran Youtube !
Nak tengok? boleh klik link dibawah -
https://www.youtube.com/user/keymekeymoo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan