Halaman

21/10/2020

2H1M (Janda Baik) - Tenang !



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK nak cerita balik alkisah KK semasa bercuti ke Janda Baik dua minggu lepas, masa ni belum lagi gelombang Covid19 yang kedua tu

Kami berenam ke Janda Baik, kawan masa sekolah prauniversiti dulu ajak pergi bercuti sebabnya salah seorang dari kami nak kahwin, Tasya nak kahwin tu, tak lama dah

Jadi rancangnya memang nak cari tempat sekadar untuk lepak dan berborak, tak kisah aktiviti apa pun, cuma nak berkumpul



Saat akhir juga, jadi banyak tempat dah penuh dan susah nak cari tempat yang sesuai, mujurlah KK jumpa satu tempat yang sangat menarik macam kampung

Tak tunggu, KK pun buat tempahan, selang seminggu lepas tu kami bertolak, tiga orang dari Kuantan, tiga orang dari Kuala Lumpur, saat akhir juga Tasya tak ikut serta sebab tak dapat pelepasan cuti, pegawai tak bagi

Nak buat macam mana kami teruskan juga sebab dah hari kejadian, lagipun Tasya dah cakap kena pergi juga sebab dah bayar

KK bertolak dari Kuantan jam 8 pagi, sampai lebih kurang jam 12 tengahari di sana, tempat yang sangat cantik, dah macam kampung, sangat tenang

Dah sampai tu kami cuma lepak dalam kawasan homestay dan makan petang, sebab malam kami ada buat BBQ, dah tempah siap semua

Nak masuk petang tu, Marni ajak pergi mandi sungai pula, jadi Athirah pun pergilah tanya tuan homestay sungai terdekat, dah dapat tempat, ayuh kita pergi !



#notakaki : segala kisah corat coret percutian KK di Janda Baik ada KK abadikan di dalam satu video di Youtube, boleh klik link di bawah ye 💕💕

https://www.youtube.com/user/keymekeymoo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan